semua orang ada perasaan itu

by anis diyana ahmad on Thursday, October 13, 2011

jangan tipu kalau perasaan dengki tu tak wujud dalam diri kita. semua orang ada cuma yang membezakan manusia, bagaimana dia berhadapan dengan perasaan itu, samada dia simpan diam diam, luah dalam diari, luah pada kawan, keluarga dan lain lain ataupun seseorang boleh hilang pedoman dan melakukan sesuatu yang tak masuk dek akal dan perkara yang boleh melukakan orang disekelilingnya. hmm. semuanya bergantung pada masing masing punya cara. memang ada orang yang boleh dapat apa yang dia nak, tapi disebalik kesenangan ada duka dan lara. disebalik duka ada harapan dan kesenangan menanti, kita sebagai manusia perlu banyak bertawakal dan redha. percaya lah, dan simpan dalam diri, semua orang tak sempurna, hanya Allah yang maha Esa sahaja.