#2

by anis diyana ahmad on Sunday, October 30, 2011


lembik

by anis diyana ahmad on Friday, October 28, 2011

sakit kepala, sakit badan, perut rasa tak sedap.
rindu budak kering tu sgt2. dia pulak busy, line kat sana macam apa lagi,
urgh.. i'm in my worst condition.

i know this is lame

by anis diyana ahmad on Thursday, October 27, 2011

saya dah mula rindu awak, macam first time kita berpisah dulu. 

;(

by anis diyana ahmad

i miss you so much already.. 

#1

by anis diyana ahmad on Wednesday, October 26, 2011


by anis diyana ahmad on Tuesday, October 25, 2011

duduk diam, tengok romantik movie. saya selalu bayang saya heroin movie tu. tuihhh~

love

by anis diyana ahmad on Monday, October 24, 2011


Yasmin Hani + Sha'arin Razali - Short Film from Avicenna Studio on Vimeo.


romantisnya dua orang ni.. hmm

by anis diyana ahmad

baru sedaq. saya tak dak recent photo

terpengaruh

by anis diyana ahmad on Friday, October 21, 2011

top 10 filem anis diyana ahmad suka
1. titanic
2. twilight saga

3. night in rodanthe

4. the notebook

5. mean girls

6. life as we know it

7. no string attached


8. spiderman trilogy

9. tangled

10. pearl harbor



kalah

by anis diyana ahmad

aku mengalah bukan ertinya aku kalah,
aku mengalah ertinya aku sanggup luturkan ego aku,
untuk orang yang aku sayang.
tak sanggup berbalah lagi kerana terlalu sayang
sayang itu melebihi segala-galanya,

BD

by anis diyana ahmad

tak sabar menanti cerita breaking dawn part 1, aaaaa! mesti p tengok setelah setahun menunggu, mesti lah dgn azim, walaupun dia tak berminat cerita romantik, tapi dia gagah tgk untuk aku jugak, so sweeet. :P

terlupa

by anis diyana ahmad on Thursday, October 20, 2011

Assalamualaikum,

mungkin sibuk dengan macam macam hal. saya terlupa satu tarikh yang sangat penting dalam hidup saya ni.

10.10.11  selamat setahun empat bulan
harini ni dah 20.10.11 so selamat setahun empat bulan seminggu tiga hari *betul?

selepas segala kenangan,manis,pahit, baik, gaduh, selisih faham, berbaik balik..
senang cerita, selepas segala-galanya yang kita tempuh sepanjang bersama ni, buat kita bertambah kuat dalam ikatan ni, bertambah hargai sesama sendiri. cuba berubah untuk kebaikan hubungan ni.
apa yang kurang saya cuba baiki, saya dah cuba yang terbaik untuk awak raja azim.

jangan kita sia sia kan hubungan ini, dah banyak sangat kita tempuhi sama sama.

sayang awak.

ikhlas,
anis diyana ahmad.

amacam?ada garang ka?XD

haah, padan muka aku

by anis diyana ahmad




dah berbulan menahan kesakitan. klinik kesihatan dah p, bg painkiller, takdak ubat untuk benda ni,. hm. dah berhenti makan semua ubat tahan sakit, sebab kena makan ubat alergik. ahh,, tak tahan benor.. malam kadang seksa nafas masa nak tido, hmm paksa azim teman p jugak klinik sekali, dah tak mao ubat, cari solution lain. tunggu ada dalam 3 jam. masuk bilik doctor tak sampai 5 min =.='' dia check belakang, then kata nak bagi ubat, aku pun dengan sopannya menolak. "takpa doktor, kat bilik berlambak, boleh bukak farmasi." doktor pun kata, cuba la physiotherapy. aku pun, ok tak salah mencuba. boleh la, so appointment dah buat, 28 okt 2011 jam 8 pagi. 7.30 kena ada dah, okay, sangat awal. btw, penyakit aku bernama skoliosis.


kecian azim, terpaksa tunggu aku 3 jam. hmm. sorry.
http://en.wikipedia.org/wiki/Scoliosis

.

by anis diyana ahmad on Wednesday, October 19, 2011


rindu

by anis diyana ahmad on Tuesday, October 18, 2011


cukup

by anis diyana ahmad

 kehidupan tak pernah sempurna, nampak dalam blog semuanya sempurna, padahal kehidupan manusia ni tunggang terbalik. yeah, kadang - kadang aku suka baca blog orang yang kehidupan sangat sempurna. mula mengeluh hidup aku macam tu macam ni, lepas tu aku tanya mak, kenapa berlaku semua ni, senang ja mak jawab, "Allah sayang, sekurang kurangnya Dia tak biaq kita terpesong jauh" hmm.. igt Allah, Insyallah semua akan jadi baik. bukannya aku ni alim nak bagi ceramah ka, cuma sebagai manusia dan hambaNya, kita kena senantiasa redha dgn takdir, kadang kadang pedih dan melampau batas kekuatan kita, tapi itu la ujian dan ada ganjaran menanti kita kat sana nanti, kehidupan dunia ni pendek ja.

binatang lagi sayang anak

by anis diyana ahmad

sentap hati aku tengok gambar baby kena kelar perut, apa nak jadi kat dunia ni, sudah lah mengandung, dah bersalin, buat anak macam binatang, aku rasa binatang lagi sayang anak dari kau la. ish. kalau tak nak pun baby tu, jangan lah buat macam tu, ramai orang nak baby tu, sekurang kurangnya serahkan kat jabatan kebajikan. dia pun dijaga dengan baik. semua gara - gara boyfriend tak nak terima. hmmm.. benda dah jadi. baby tu akan tenang kat sana. dia tak bersalah. ibu bapa dia yang bersalah dan patut dihukum mati, nyawa dibalas nyawa.

aku rasa aku layak?

by anis diyana ahmad on Monday, October 17, 2011

lepas muet, terus berderek empat hari buat keja kahwin, orang kaya. 4 beradik prempuan, yang nak berkahwin ni, tunangnya orang yamen. arab gitu. so tolong yang mana patut la,. lepas tu harini sepatutnya balik pukul 8 pagi, tapi terlajak sampai ke petang. jalan ikea, beli barang, niat sebenarnya nk beli hamster, tapi takdak. so jalan ja la..masa nak balik kak netty belanja saya macaroooonnnn,, yummm., terima kasih akak.parent azim layan aku dgn baik, aku pun rasa aku cuba yang terbaik walaupun aku ni kdg2 pelik cket, tapi aku pun rasa mcm family dah, entah aku layak ka tidak nak turut serta dalam family azim ni, depa ja la yang tentukan,

semua orang ada perasaan itu

by anis diyana ahmad on Thursday, October 13, 2011

jangan tipu kalau perasaan dengki tu tak wujud dalam diri kita. semua orang ada cuma yang membezakan manusia, bagaimana dia berhadapan dengan perasaan itu, samada dia simpan diam diam, luah dalam diari, luah pada kawan, keluarga dan lain lain ataupun seseorang boleh hilang pedoman dan melakukan sesuatu yang tak masuk dek akal dan perkara yang boleh melukakan orang disekelilingnya. hmm. semuanya bergantung pada masing masing punya cara. memang ada orang yang boleh dapat apa yang dia nak, tapi disebalik kesenangan ada duka dan lara. disebalik duka ada harapan dan kesenangan menanti, kita sebagai manusia perlu banyak bertawakal dan redha. percaya lah, dan simpan dalam diri, semua orang tak sempurna, hanya Allah yang maha Esa sahaja.

tenung jauh jauh nanti rezeki tak masuk

by anis diyana ahmad

hmm.. mungkin itu faktor aku jadi mcm ni, hmmm.. aku mintak belas kasihan, dia tak bagi. aku nak jawab apa lagi? sujud kat kaki cium cium? aku rasa dia tak layak dapat hak macam tu,walau terdesak macamana pun, hanya pada Allah aku sujud. manusia atau benda tak layak. mungkin Allah sayang aku, sebab tu diberi ujian seberat ini. takpa, aku masih kuat, aku tempuh semua dengan izin dia.

dah diambil orang

by anis diyana ahmad on Tuesday, October 11, 2011

ada bundle kat sg jagung,. saja singgah jalan2 tgk, aku rasa dah 2 bulan aku xbeli baju baru, except raya, tu pun baju kurung ja.

dapat ni

realiti memang pedih

by anis diyana ahmad on Sunday, October 9, 2011

serba salah aku dibuatnya. aku fikir dua benda bila aku taip ja mesej tu,  nak lukakan dia yang tengah terluka, atas jaga luka tu lepas tu tunggu nanti cakap pulak? aku pun mula teringat balik nasihat makndak aku. kita redha ja jodoh ni, ada tu, hang lari p duduk dalam gua pun, dia akan datang punya. kita tunggu. walaupun terluka dalam mana sekali pun. kita kena kuat. teruskan hidup tunggu jodoh tu. aku pun bagitau sahabat baik aku ni, kumbang bukan seekor tau. lepas tu aku dapat tau dia nangis bila aku bagitau macam tu, rasa bersalah tu mula timbul dalam diri aku. pa aku dah buat ni, aduii, tak pa. aku dah pun terlepas cakap. nak buat macamana lagi ni. hmm. aku harap sahabat aku ni kuat, tabah dan redha. fikir, kalau kita dah berusaha sedaya upaya sampai dah tak dak jalan tapi tak dak hasil, kita berhenti, bukan bermakna kita putus asa. tapi kita redha dgn takdir. kalau ada jodoh, kita tetap akan bersama.

cerita cuti

by anis diyana ahmad on Saturday, October 8, 2011

cuti semester beta 1. sepatutnya sampai 17 okt 2011, then ada speaking test MUET 12 okt, kak nad nak masuk MMU 13 okt, then aku nak tlg azim on 14 15 dan 16 okt, so cuti dipendekan dan aku akan pulang pada malam 11 okt 2011. mai la hantaq aku smpai stesyen KTM tu. satu benda aku buat aku runsing sekarang. muet punya slip aku tak boleh nk print, nak bukak website pun xboleh. HAIHHH. gila ka pa. kang x ambik muet aku.

hmm, dok kat rumah ni, aku la chef merangkap tukang tlg mak masak, ahak, keja lain memang aku malas, memasak ni kesukaan aku, semua benda aku nk experiment, aku mkn tofu teloq  hampir setiap hari. sbb tu la berat aku turun kot?ntah, tpi itu kesukaan aku. hehehe..paling best masak udang, aku dah la pantang, tpi sbb dah lama gila tak makan, aku masak jugak td, butter prawn. lepas gian. then buat kek span kukus,.. 2 kali dah, ntah pa silapnya, xmenjadi, dia terbantut. aku pun x fhm. dah la pakai 8 bijik teloq yes LAPAN bijik, kan rugi klu tak jadi. hmm, plan dgn mak, nak buat kuih raya bawak balik MMU. cornflake madu, yum, haritu raya buat sikit sbb mak dalam pantang, kejap ja dah habis, raya ke 4 kot, tnggal tin kosong ja. tu igt nak buat bwk balik. nak bg kwn dan azim makan.

by anis diyana ahmad

I miss you. 

bapak borek anak rintik

by anis diyana ahmad on Wednesday, October 5, 2011

beberapa perangai bapak aku yg turun pada aku 

  1. tak boleh kereta laju, tapi kalau sendiri drive takpa
  2. tak suka naik bas, tapi kalau terpaksa boleh ja
  3. tidoq kat mana2 pun xpa.
  4. mesti peluk bantal
  5. tak suka makan benda bertulang, klu ada orang tolong buangkan takpa, dalam kes aku, azim la.hihihi. 
  6. suka experiment kat dapur
  7. suka kucing.
  8. suka complen tapi buat/tengok jugak
  9. sayang tapi tak tunjuk
  10. suka travel, tapi aku ni, xdak chance lagi.

adik

by anis diyana ahmad on Sunday, October 2, 2011


satu hari nanti nak anak yg bijak mcm ni

by anis diyana ahmad